Showing posts with label kembara ilmu. Show all posts
Showing posts with label kembara ilmu. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Final Semester InshaAllah


It’s been a week since the beginning of the new semester. This semester would be the final one if things went well. I pray that my friends from Mechatronics department, batch 072 and other batches too will pass this semester with flying colour and later on graduated with good result. As for me, my dream of getting my name on the first class list is far from my reach. How sad. So I’m lowering the expectation and hoping that this semester will at least increase the CGPA so JPA won’t send me any warning letter like what happened to some of my friends. Scary!

I also hope that the Final Year Project/FYP will be just fine. I hope that this semester will be the best and the most cherished. Ah so many hopes yet so little effort. I hope that I will transform into much better diligent person. I wish everyone all the best! May Allah bless us all. Last but not least, the 4th year final semester; I welcome you!

p.s: I wrote this post with some kind of mix feelings; excited, happy and sad.


 
 
 
 
Mix feelings like this.

Friday, November 5, 2010

Buku Yang Tidak Tabah

Assalamualaikum.....! (gaya Haziq dalam filem Syurga Cinta bagi salam)

Eh, semacam pelik tajuk entry ni. Buku yang tidak tabah atau hati kah yang tidak tabah. Sikit-sikit nak salahkan buku dan persekitaran. Tapi malam ni memang sedang mencari-cari kerajinan. Dia hilang dah lebih dari 4 jam. Missing in action. Lost in the jungle. Semakin tak faham apa yang cuba hendak disampaikan disini. Semacamnya tiada apa-apa pun yang penting. Exam infiniti kali ganda lagi penting dari update blog. Tapi biasa yang penting itu lagi diabai-abaikan kepentingannya sehingga saat sedar diri dan berpijak dibumi nyata.

Entah apa dan kenapa dan bagaimana boleh end up kat sini tak tahu puncanya. Sepatutnya memang tidak berada disini di depan kaca laptop. Seharus dan sebaiknya berada di depan meja study yang dah tak nampak mejanya kerana penuh dengan kertas-kertas, pen, pensil yang dah dibaikpulih oleh Ain, pemadam yang dah kena surgery oleh Asma', biskut, coklat dan kertas-kertas lagi. Sejujurnya meja sajalah yang study, tidak pula tuan punya meja.

Malam ni agak penat. Walaupun tiada pekerjaan berat yang dilakukan. Semua hanya kerja ringan-ringan seperti berjalan ke bilik Dr. Mozasser. Berada di sana dari jam 5.30pm sampai ke malam tak tahu pukul berapa tapi mungkin dalam pukul 8.30pm berdasarkan pergerakan angin dan cahaya bulan. Mungkin saja. Tiada further research dibuat untuk tentukan waktu pada saat dan ketika itu. Lagi tak tahu apa kaitannya dengan cerita yang hendak dibicarakan.

Bukanlah nak mengeluh penat belajar dan diajar. Kerana tahu tak semua orang dapat peluang menuntut ilmu walaupun semangat dan kebolehan mereka yang tiada peluang itu mungkin lebih dari kita sendiri. Cuma waktu atau keadaan saja yang tidak mengizinkan. Juga masih ingat jelas dalam ingatan yang seperti dah subconscious ni memandangkan jam di laptop tepat menunjukkan 1.31am. Ingat apa tadi? Iye, masih ingat lagi pesan Hasan al-Banna yang menyatakan bahawa kewajipan kita jauh lebih banyak berbanding masa, tidakkah pernah kita rasa berdosa, andai terkeluh bicara, “bosan, tak tahu nak buat apa!”. Pesanan tu masih dalam ingatan yang separa sedar ini.

Cuma ada masanya, saya akan rasa hidup saya ini menghadapi kesukaran. Tidaklah semua jalan yang saya lalui itu senang. Dan tidaklah pula saya kekal optimis sepanjang masa. Dan benarlah kata mereka yang bijak pandai bahawa hidup ini menduga kekuatan, jika tanpa ujian umpama menjadi juara tanpa saringan. Mana mungkin menjadi pemenang, tanpa melalui siri ujian menumpaskan lawan, demi merebut piala keredhaan.

So when you have finished (from your occupation), then stand up for the next duty. And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations. [Al-Sharh 94: 7-8]

Tujuh belas minit dihabiskan untuk entry ini. Mungkin dalam 1000++ saat. Wisdom apprises us that time indeed flies, when one is laborious. Kalau nak meluahkan perasaan dalam alam maya ni rasa cepat je masa berlalu. Tapi kalau buat soalan Design of Machine or what so called DOM tu nanti dalam 10 minit dah nak give up. Lambat pula rasa jam berdetik. Cuma kalau buat secara berjemaah baru tak rasa nak give up. Kalau secara sendirian berhad memang tak tahu sikit dah la esok cuba lagi. Kalau kalau kalau... bukankah mak pesan tak baik cakap kalau.

Semoga Allah kuatkan lagi hati-hati yang sedang berjuang ini. Juga semoga Allah masih melimpahkan kasih sayang dan ihsan dan mawaddah dan rahmah dan ketenangan dan kekuatan dan kecekalan dan kesabaran dan kejayaan. Subhanallah. Jika hendak dihitung nikmat-nikmat Allah, pastilah kita tidak mampu menghitungnya.


p.s: Sangat nak tengok One Piece sekarang, tapi hakikatnya One Piece itu kurang penting jika dibandingkan dengan exam. Akan bertemu lagi selepas 9hb November 2010 dengan Luffy, Zoro, Sanji, Captain Usopp (what so called), Nami, dan yang paling comel Chopper, juga new comer yang namanya tiada dalam ingatan buat masa ni.



p.s.s: Ye, exam akan berakhir pada 9hb Nov. InshaAllah. Semua yang sedang exam, all the best!!

May Allah bless ,
Wassalam

Siti Farihan Mansor
1.49 am waktu Malaysia




Sunday, April 26, 2009

Kembara Mengutip Ilmu @ PWTC

25 April 2009:

Alhamdulillah, bagaimana lagikah hendak mengucap syukur pada Allah yang menggerakkan hati untuk ke pesta buku 2009 pada tarikh dan waktu yang baik hinggakan dapat akhirnya bertemu dan bertukar bicara dengan Ustaz Hasrizal. Lepas je zohor, Kak Izan yang baru balik dari lab research UITM terus mengajak ke pesta buku. Naik motor dengan Kak Izan untuk ke komuter UKM adalah satu kembara perjalanan yang agak melelahkan nafas. Ditemani cuaca panas terik yang begitu setia memantulkan haba panas, akhirnya sampai juga di stesyen UKM. Allah, parking motor pulak penuh. Tapi at last, dapatla parking, praise be to Allah. Dari UKM ke stesyen putra memakan masa lebih kurang 30 ke 40 minit. Lepas tu jalan kaki sampai PWTC.

Ya Allah, lautan manusia yang dahagakan ilmu berada didepan mata. Masyarakat Malaysia plus tourists dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama berhimpun dibawah satu bumbung, mencari buku pilihan hati. Ramainya budak-budak sekolah di MOY Publication, booth Gempak Starz, etcetera. Dah namanya adik-adik yang masih bersekolah, itulah jiwa mereka. Walau macam mana berazam nak jimat pun, akhirnya memang tak tercapai jugak azam tu. Buku dah depan mata, memang sayang kalau tak beli time book fair, harga jauh beza dari harga pasaran sebenar. Terpaksa korbankan sikit duit JPA. Tapi takpe, demi ilmu dan pengisian jiwa, pengorbanan tu adalah sesuatu yang pasti.

Jumpa je Ustaz Hasrizal di booth Galeri Ilmu, terus excited. Tapi...kamera tak bawak, handset pun nak habis bateri, handset Kak Izan canggih je lebih, kualiti gambar memang menyedihkan. Tapi apapun, memang syukur sangat atas kesempatan hidup ni, nikmat iman dan islam, kesempatan menuntut ilmu, kesempatan rezeki sampai dapat jugak beli buku, kesempatan bertemu penulis buku sendiri, dan syukur atas perjalanan pergi dan balik yang selamat. Alhamdulillah. At the end, inilah hasil kembara ilmu kali ni ;










Alhamdulillah~