Wednesday, May 20, 2009

story of the first nephew

dedicated to:
khalif murtaza khan bin mohd faiz

may you be bless by Allah
with Iman and Islam
with love that will never ends
with health and happiness...

from:
your aunt that will give you never ending protection and love, insyaAllah...







addicted to: air crash investigation - hanging by a thread

Friday, May 1, 2009

Adik Alia Balqis.

Selasa, 28 April 2009.

Hari yang cuacanya seperti hari-hari yang lepas. Segalanya berjalan seperti biasa, begitu normal dan tak banyak bezanya. Tapi pagi ni, Nurul mendatangkan khabar yang begitu melelahkan jiwa. Adik Nurul, Alia Balqis masuk ICU kanak-kanak, Hospital Kota Bharu, Kelantan. Alia masuk hospital sejak hari isnin. Nurul minta doakan semuanya selamat. Malam hari, saya telefon Nurul tanyakan khabar. Dalam nada yang tenang, Nurul menceritakan semuanya. Tapi saya tahu, dalam tenang Nurul, ada kerisauan yang tak dapat diungkap. Alia Balqis buat masa ni tak sedarkan diri. Terlalu banyak wire yang disambungkan ke badan. Saya diam tanpa bicara, cuma sesekali bersuara tanda respon. Tak terlintas difikiran apa-apa kata semangat untuk Nurul, semuanya hilang entah ke mana dalam redha saya menerima berita ni. Alia yang saya kenal seorang yang sangat sangat aktif. Nurul cakap, Alia ni terlebih aktif, banyak cakap, cakap pun macam orang dewasa. Apa yang pasti, Allah menguji hamba-hambaNya yang Dia kehendaki. Semua kerana sayangnya Allah pada kita. Allah sedang berbicara dengan kita, mengajar kita erti kesabaran dan keikhlasan, semua dengan pelbagai cara yang tak pernah kita duga. Tapi semuanya pasti ada hikmah. Hikmah yang pasti kita akan tahu dengan berlalunya waktu.

Khamis, 30 April 2009.

Khabar Nurul tentang Alia Balqis sekali lagi menyentuh jiwa dan naluri saya sebagai seorang kawan. Hati dan buah pinggang Alia tak berfungsi dengan sempurna. Kuman seperti telah menjangkiti kedua-dua organ yang begitu penting itu. Dan hari ini juga, Alia masih tak sedarkan diri. Doktor dalam proses periksa air tulang belakang dan buat brain scanning. Doktor kata, ubat yang terbaik adalah doa. Kuasa Allah tentukan segalanya. Jangan pernah putus harapan dengan Allah. Saya seperti merasai kesedihan dan kebimbangan Nurul, kerana Alia juga seperti adik saya, nama juga hampir sama dengan anak saudara, Ayuni Balqis. Tapi, apa yang pasti, kita semua layak diuji. Dan sudah pasti kita tidak boleh mempersoalkan kewajaran diri untuk diuji.


Buat Nurul yang begitu saya hormati sebagai seorang kawan, buat diri saya juga yang selalu lupa yang diri sebagai seorang hamba, segala apa yang berlaku ada tujuannya. Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datang segala ujian untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita adalah hamba. Dalam redha saya menerima berita tentang adik Alia Balqis, dalam saya sendiri sedang menghadapi ujian hidup yang entah macam mana hendak saya selesaikan, dalam apapun situasi hidup yang terlalu mencabar ini, semoga kita semua sentiasa dalam kasih dan sayang Allah.

Buat sahabat-sahabat UIA, yang pastinya ramai kenal Nurul Zulaikha (Manufacturing Engineering), diharap kita semua dapat sama-sama berdoa, minta Allah tunjukkan jalan, minta Allah limpahkan kasih sayang, minta Allah berikan ketabahan, kesabaran buat Nurul dan keluarga, juga agar Allah memberi kesembuhan buat adik Alia Balqis, permudahkan segala urusan rawatan, disegerakan adik Alia untuk sembuh. InsyaAllah. Ameen.

“And there are, certainly, among the People of the Book, those who believe in Allah, in the revelation to you, and in the revelation to them, bowing in humility to Allah: they will not sell the Signs of Allah for a miserable gain! For them is a reward with their lord, and Allah is swift in account. O you who believe! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah; that you may prosper”.

Surah Ali-Imran: 199-200


p/s: to Nurul, thanks for the permission to publish this post. And like you said, the more people praying for Alia Balqis, the faster your little sister might recover and be the Alia Balqis as the way she is before, which is hyper active and full of energy, talkative and lovely. InsyaAllah. Whatever happen, your friends will always be by your side, and most importantly, Allah will never leave you. InsyaAllah. Looking forward to meet you this coming Sunday at UIA, but I know it’s just impossible. May Allah bless us all. Pray for the best. Ameen. Wassalam.