Rasa seperti nak terjun ke dalam lumpur dan main dengan pasir sungai dan pantai. Rasa seperti nak masuk ke hutan dan mendengar bunyi cengkerik, unggas mahupun angin yang berdesir. Rasa seperti nak terbang ke bulan dan melihat bumi dari sudut pandangan bulan. Semua kerana rindunya saya pada damai alam, damai desa, damai malam, damainya kembali ke asal, asal yang fitrah.
Semalam saya diuji, hari ini juga pasti, setiap hari adalah ujian. Kerana kita hamba maka kita layak diuji. Kerana ujian-ujian inilah saya ingin kembali ke asal, asal pada Pencipta, juga bonda dan damai desa. Kerana generasi yang kembali ke asal itu lebih sedar diri. Sedar akan asal usulnya.
Hanya dengan berlalunya waktu, maka hikmah setiap ujian itu dapat dirasa. Semoga Allah kuatkan hati-hati hambaNya yang berjuang dijalanNya, menuntut ilmu keranaNya, dan hidup mati dijalanNya.
InsyaAllah...