Wednesday, July 13, 2011

Antara Sedih dan Gembira

Empat hari telah berlalu selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Kehangatannya masih lagi dirasa hingga saat ini. Semoga apa yang diperjuangkan mendapat redha dan rahmat dari Allah. Tiga hari selepas Bersih 2.0, saya akhirnya mendaftar sebagai pengundi yang sah. Dua tahun yang lepas, selepas umur mencecah 21 tahun, saya selalu teragak-agak untuk mendaftar. Dua tahun tanpa keputusan yang kemas dan yakin. Tak sangka Bersih 2.0 mengubah persepsi dan pendirian selama ini. Alhamdulillah untuk kesedaran dan kefahaman. Mengharapkan tanggungjawab memilih pemimpin dapat digalas dengan sempurna. InshaAllah.

Masa terus berlalu. Time indeed flies, when one is laborious. Masa berterbangan. Dua hari saja lagi untuk mengucapkan selamat tinggal Synergistic Generation Sdn Bhd. Tempat yang memberi makna pada alam pekerjaan. Satu lagi fasa hidup selepas fasa sebagai pelajar. Kehidupan sebagai practical trainee semakin hampir ke penghujung. Masih ingat kata-kata Manager lebih kurang begini;

Bos: Betul ke saya dengar awak last minggu ni?

Me: Memang sangat betul. InshaAllah July 15 habis.

Bos: Saya rasa cepat sangatla Farihan, kalau saya gagalkan awak kali ni, awak bolehla extend practical kan?

Me: Saya harap bos tak serius.

Bos: Takpe.. nanti ingatkan saya buat party sikit kat ofis.


Heh.. Alhamdulillah bos tak serius perkara nak extend practical tu. Dalam ketidaksabaran dan keterujaan untuk menamatkan industrial training ni, ada juga sisi sedihnya. Yelah, dalam setiap yang terang itu ada sisi gelapnya. Tiga bulan bekerja bersama, stay back bersama, solve problem bersama, penat bersama, bekerja dibawah satu bumbung yang sama, jadi bukan mudah to say goodbye.

And I was not attached to material things. I was attached to people. I was attached to moments. I was attached to emotions.

Semoga setiap pengalaman sepanjang tiga bulan di bumi Shah Alam ini memberi dimensi hidup yang lebih baik dan memberi pengajaran yang pastinya takkan ada di dalam mana-mana kelas atau lecture hall. Places to go list (add on). Tiba-tiba. Here goes:

Istanbul (especially Blue Mosque)


Mekah (of course)


Melbourne (I don’t know why)


Itali (the culture)


Japan (the manner and technology)


Manchester (for M.U definitely)


Sorry for the “out of topic” script. Cuma tiba-tiba rasa nak pergi to these places at the other part of the world. Semoga segala impian tercapai. Ameen. As always, till we meet again. May Allah bless.