Assalamualaikum, hi!
Tajuk tak boleh terima. Tapi tak mengapalah. Well.. it's been 18 hours and 30 minutes since the last post. Ahh.. rasa terharu dengan kerajinan diri menulis apa yang patut. Sedang hakikat, this is the 5th post in the year 2012! Dah masuk August kot.. Disitu kita dapat menilai level 'kerajinan' (atau kemalasan) diri yep. Alhamdulillah, selain hari ini adalah anniversary 3 bulan 3 hari menjadi seorang Jurutera yang berjiwa fragile, hari ini juga adalah hari ke-16 kita berpuasa. Weeee.. masa memang terbang lajunyaaaaa ya Allah. Time flies by like a vulture in the sky. Ceh.
Ramadhan 1433H ni memang lain sikit dari yang sebelumnya. Bukan apa, selama 24 tahun hidup di bumi Allah ni kita dah melalui pelbagai fasa kehidupan. Zaman bebudak dulu kalau tak puasa Abah kurung dalam bilik buku pastu tutup lampu tutup pintu lalu terus berlalu pergi. Sob sob.. 'kejam' Abah waktu tu. Heh.. Kemudian bila masuk asrama, suasana memang meriah sebab kawan-kawan keliling pinggang. Bajet ramai sangat kawan. Tapi memang ramai pun Alhamdulillah.
Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Akhirnya tiba saat melangkah ke fasa hidup seterusnya. Zaman uni! Apsal ayat macam klasik jek?? Ok zaman kat UIA memang best sangat! Best sangat sampai rasa sedih bila terkenangkan kisah lalu. Bukan sedih as in sedih tapi sedih sebab gembira sebenarnya. Ada kenangan manis, pahit, kenangan pelik pun ada. Ohh rindunya.. rindu roommates, rindu pada Masjid SHAS UIA, rindu pada KOE (Kuliyyah of Engineering), rindu Mahallah Asma', rindu terawikh kat masjid even kadang-kadang skip masjid and just terawikh kat MPH (Multi Purpose Hall Asma') je. Bukan apa, masjid UIA habiskan satu juzu' sehari. Sedangkan kat MPH Asma' surah pendek-pendek je. Nampak sangat tak matured lagi waktu tu. Cetek sungguh pemikiran. Tsk..
Roommates yang diperkatakan tadi.
Mereka lagiiiii...
Tahun berganti tahun lagi. Fasa berganti fasa. Dari student ke employee. Ini adalah fasa hidup paling lonely like seriously. Kalau dulu dikelilingi Engineering girlfriends dan roommates yang awesome, sekarang tak dak dah. Bye bye perangai budak-budak dan kawans yang seperangai budak-budak. Bajet perangai dah dewasa sangat sekarang ye. Should be should be. Bukan bajet dewasa lagi. Memang harus berperangai dewasa. Dah nak masuk 14 yo pun October ni. I mean 14 campur seploh. InshaAllah.. jika panjang usia, dapatlah melangkah ke 24 tahun.
Even though working life couldn't be any better than uni life, tapi perancangan Allah tu memang sangat best sampai tersentuh hati. Terima kasih Allah. Syukur sangat sebab ada kawan best macam Farah kerja kat tempat yang sama. Kami ni dahla se-universiti, se-mechatronics, se-kelas. Out of so many places kat Malaysia, kitorang boleh kerja company sama, malah department juga sama, dalam department tu ada banyak division, division pun nak sama juga. Memang baik sangat Allah ni. Alhamdulillah.
Kalau takde Farah I bet this phase of life gonna be so dull, boring, takde life some people might say.. So thanks for everything kawanku Farah! As in Farah akan baca pulak post ni. Anyway, I'm not actually alone spending this Ramadhan, after all. During weekdays, I'm spending it with my dear friends, Farah and Paan. Paan stays with us temporarily but we do hope that she'll be a permanent tenure. Satu hari nanti inshaAllah once Paan dapat kerja. Well bila Jumaat tiba je, habis kerja bergegas lari ke kereta Farah and then Farah akan drop kat KTM Kepong Sentral dan train akan membawaku pulang ke rumah halaman. Lari ala-ala nak kejar flight. Ok over je nak exeggerate. Kami tak lari sebenarnya, hanya jalan dengan pace yang laju.
Apapun, this Ramadhan somehow gives us the chance to reflect on the existence of people that matter the most to us, who loves us for who we are, unconditional. In this sense, we are also reminded of how fortunate we are to still have them around, whereas some people do not share the same fate.
Kawans.. tak cukup kuota.
And again, tidak semena-mena post ni dah jadi panjang berjela macam karangan sekolah. Sekian dulu. Salam Nuzul Quran dan wassalam.