Tak sangka hari ni dah hari Ahad. Isnin inshaAllah dah start kerja. Kerja, tahukah awak perasaan orang yang cuti raya seminggu then kena pi kerja balik? Sorry in advance kerja, pastinya Isnin ni saya masih mencari-cari mood kerja, pastinya separuh hati dan jiwa saya di rumah, pada nasi impit, pada rendang, dan ayam masak kicap.. pasti saya takde mood nak layan awak kerja. Tapi jangan risau, walaupun begitu, saya masih sedar tanggungjawab saya pada awak. Untuk memastikan rezki saya adalah halal lagi diberkati, terpaksa saya kuatkan hati untuk melayan awak. Saya tak boleh ikutkan sangat perasaan. Kerja yang sambil lewa adalah kerja yang tak ikhlas. Takkan ada keberkatan didalamnya. Jadilah ia kerja yang sia-sia. Semoga Allah jauhkan saya dari sifat malas. Laziness, pi main jauh-jauh!
Kerja, jadilah baik pada saya. Please be kind to me. Pretty please. Walaupun saya tak pasti, tapi saya agak yang saya dan kawan sekerja Farah kena balik lambat lagi setiap hari. Balik lewat.. just like the days before Ramadhan. Sepanjang bulan puasa memang ada kelonggaran balik awal. Sebab nak kejar iftar dan terawikh. After Ramadhan ni.. susah nak cakap. Tengoklah macam mana keadaan nanti. Semoga supervisor dilembutkan hati untuk tidak memberi kerja yang banyak diluar batas mampu manusia, yang boleh mengakibatkan kerja extra hours. Semoga...
Sampai disini sajalah monolog kita pada hari ini. Sekian terima kasih. Wassalam.