Sunday, May 29, 2011

Buku tentang hidup. Random but...

Ada lima buku kesemuanya. Blink – Malcom Gladwell. The Gift – Cecilia Ahern. The Secret Garden – Frances Hodgson Burnett. The Last Lecture – Randy Pausch dan satu-satunya novel yang dibeli kerana kawan, Contengan Jalanan – Hlovate. Tak tahu nak baca yang mana dulu. Tapi akhirnya Contengan Jalanan juga dicapai. Main pilih je. Random. Novel Contengan Jalanan tu baru saja habis dibacanya. Part I – Fend 262 muka surat disambung terus part II – K2 291 muka surat. Total 453 muka surat. Dia memang budak engine, atau engineering nama panjangnya. Kalau boleh semua mesti nak di calculate. Kononnya. Kalau tak kerana weekendyang maknanya tak perlu kerja, mana mungkin nak sentuh buku. Diluar bilik kakak-kakakhousemate masih lagi layan Mentor final Musim 5. Dibiarkan.




Jarang dia nak buat review tentang buku. Tapi buku yang satu ni memang lain. Katanya buku tentang hidup. Tentang pengalaman perjalanan mencari Tuhan. Watak-watak utama yang menghidupkan cerita; Fend, K2, Chad, Aidid. Tadi banyak idea nak review fasal buku ni. Banyak yang nak dihuraikan. Tiba-tiba blank. Mungkin sebaik-baik review adalah; baca sendiri dan buat review sendiri. Sebab buku yang sama, membawa makna dan erti yang berbeza, bagi pembaca yang berbeza. Bagi dia, dia betul-betul teringatkan adik lelaki yang sorang tu. Yang minatnya juga pada muzik dan jamming. Tapi belajar Aircraft Engineering. Walaupun belajar Aircraft Engineering, tapi hati dan jiwa tetap setia dengan gitar dan band yang ditubuhkannya entah sejak bila. Since 2000 something pastinya. Memang dia berjiwa muzik dan skate. Tapi...


Tapi... janganlah kerana passion yang dua itu kita skip tanggungjawab yang lima waktu tu. Itu ignorance namanya. Like seriously. Ni mulalah dia nak bagi nasihat panjang lebar kat adik sendiri. Tanpa dipinta. Saja nak bagi advice free. Teringat tagline saifulislam.com; erti hidup pada memberi.


My dear bro, whose name is not mentioned,

The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. Meminjam bait-bait kata dari Contengan Jalanan. Ayat ni momentous . Carrying great weight. Indeed, berfikirlah. Tak jadi akhirnya nak positive mumbling dengan panjang lebar sebab esok dah Isnin. Monday means mayday. It is the toughest day. Undeniably, unquestionably tough. Juga bermakna kena dapat tidur yang cukup untuk mengharungi hari yang kurang seronok nak dibanding dengan hari Jumaat. To you bro, you are indeed very smart. Think sensibly, act wisely. Always. Not sometime. Not for a moment or two.


Pesanan mesra dari Sis lebih pada untuk diri sendiri sebenarnya. Again, the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. Semoga kita semua sempat change on the 8th hour, or 9th hour, or 10th hour, or 10.30th hour, or to be exact, before our last breath. Cause at the end, life is too short. So live, learn.


Talking is nothing, doing is something. – Hlovate.


p.s: semakin banyak pulak manglish yang digunakan. sigh.

p.s.s: 262+291 equal 553, actually. heh ;)